fbpx

Kalau nak kuruskan badan di bulan puasa, jangan amalkan 7 perkara ini. Setiap kali masuk bulan puasa, ramai yang target nak kuruskan badan..tapi tak semua orang boleh kurus di bulan puasa.

Macam mana nak kuruskan badan kalau siang berpuasa tapi sebelah malam melantak makan macam-macam hehe. Mungkin artikel ini dapat memberi anda sedikit kesedaran untuk kawal pemakanan di bulan puasa

1. SKIP SAHUR

Skip sahur tidak elok untuk kesihatan anda. Seharian badan tak makan atau minum, badan anda perlukan zat seimbang dan air untuk melakukan aktiviti ketika berpuasa di siang hari.

Skip sahur akan buatkan anda berasa letih dan cenderung untuk hilang lebih banyak jisim otot. Anda akan makan secara berlebihan sepanjang malam yang menyukarkan anda untuk kuruskan badan di bulan puasa

2. SAHUR SECARA KETERLALUAN

Sahur secara keterlaluan pula akan menjadikan badan anda terlalu kenyang sehingga meletihkan badan sepanjang hari

Sahur yang sarat dengan karbohidrat (gula) ringkas dan banyak minyak & lemak akan menyebabkan paras gula dalam darah jadi naik turun dan tak stabil

Pankeras anda akan berkerja secara berlebihan untuk stabilkan paras gula. Anda akan cepat rasa lapar di siang hari dan anda akan makan dengan banyak semasa berbuka & juga sepanjang malam

Kalau nak kuruskan badan di bulan puasa, anda perlu bersederhana. Makan sahur yang berkualiti dan cukup dengan zat nutrisi seimbang untuk keperluan badan.

3. Berbelanja Besar di Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadhan menjadi tumpuan semua orang untuk membeli makanan untuk berbuka puasa.

Masalah bila pergi ke bazar ramadhan dalam keadaan lapar ialah anda seringkali akan berbelanja mengikut nafsu.

Apabila anda membawa balik makanan & minuman yang banyak, anda akan makan dengan banyak.

Jika anda cuba kawal pun, anda akan teringat makanan yang anda beli tadi dan cuba menghabiskannya pada sebelah malam ataupun pada waktu sahur keesokan harinya

Kalori berlebihan ni menyebabkan anda naik berat dan sukar untuk kuruskan badan di bulan puasa.

4. Makan Kuih-Muih Secara Berlebihan

Antara yang tertunggu-tunggu semasa nak berbuka puasa ialah makan beraneka jenis kuih. Waktu bulan puasa lah paling banyak jualan kuih-muih termasuk yang jarang-jarang kita jumpa

Semua jenis kuih adalah tinggi kalori kerana kandungan gula, minyak, dan pelbagai campuran lain untuk menghasilkan kuih yang lazat, cantik & menarik tu

Satu kuih boleh mencecah antara 80 kcal hingga lah 300 kcal seketul. Bayangkan kalau anda ambil banyak kuih…berapa banyak kalori yang dah anda ambik?

Paling baik, cuba elak makan kuih-muih sepanjang bulan puasa. Lebih cepat anda kuruskan badan di bulan puasa.

Kalau terigin sangat nak makan kuih, hadkan kepada 2 ketul je atau tak melebihi 200 kcal (kuih besar macam karipap gergasi tu boleh cecah lebih 300 kcal seketul)

5. Makan Makanan Bergoreng & Berminyak

Antara makanan yang tinggi kalori dan perlu dihadkan atau dielak ialah makanan bergoreng. Satu table spoon minyak pun dah 130 kcal.

Kalau makan ikan atau ayam goreng atau apa je makanan bergoreng, hidangan anda akan bertambah 300-500 kcal.

Kalau nak kuruskan badan di bulan puasa, elak atau hadkan makanan bergoreng dan berminyak

6. Suka Minum Air Manis

Bila tekak tengah dahaga….air manis memang menjadi buruan mata yang liar memburu air hehe…

Kalau ke bazar ramadhan, tekak tengah haus, hati akan meronta-ronta untuk minum air manis masa berbuka puasa

Air manis mempunyai kalori yang tinggi. Kalau minum air manis masa berbuka puasa, paras gula dalam darah akan naik secara mendadak yang akan memberi tekanan kepada pankreas

Pankreas akan rembeskan insulin juga secara berlebihan yang akan buatkan anda lapar di tengah malam.

Kalau nak kuruskan badan di bulan puasa, elak atau hadkan pengambilan air manis. Minum air kosong je ataupun minum pilhan yang lebih sihat seperti green tea.

7. Melantak masa Buffet Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan, banyak promosi Buffet Ramadhan diadakan. Secara fitrahnya, anda akan makan apa saje yang FREE

Kalau tak makan, terasa rugi pulak, dah bayar mahal-mahal hehe…dan biasanya ada beraneka hidangan disajikan masa Buffet Ramadhan yang semuanya sedap-sedap dan tinggi kalori

Jika anda nak kuruskan badan di bulan puasa, elak makan di Buffet Ramadhan. Jimat duit, jimat kalori. Kalau terpaksa pergi jugak, hadkan kepada satu pinggan je. Lebih daripada tu- memang naik berat badan!

Kesimpulan

Kalau nak kuruskan badan di bulan puasa, jangan amalkan 7 perkara ini. Jika anda nak kuruskan badan secara sihat, join je Program Misi Kurus Online Edisi Ramadhan

Coach Zaid akan beri anda bimbingan dan Nutrisi Herbalife sebagai sahur dan berbuka. Lengkap nutrisi untuk keperluan tubuh badan anda dan rasa bertenaga seharian

Untuk daftar Program Misi Kurus Online Edisi Bulan Ramadhan, KLIK SINI

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
1 Comment
  • aziz
    Posted April 24, 2020 10:26 AM 0Likes

    blog yg terbaik

Leave a comment