fbpx

Pada tahun 2020, makin ramai orang nak capai tahap kesihatan yang lebih baik sebab naiknya kos sara hidup dan kos perubatan

Amalkan 7 tips Terkini Kuruskan Badan Tahun 2020 untuk perbaiki amalan pemakanan yang lebih sihat & mencapai bentuk badan dan BMI ideal anda

Anda perlu jelas apa yang anda benar-benar nak capai. Matlamat dan time frame juga perlu munasabah jika nak kurskan badan tahun 2020.

Jika anda nak turun 10KG, biasa ambil masa 2 ke 4 bulan. Anda perlu urus expectation dan perlu konsisten dengan meal plan dan banyakkan bersabar sepanjang tempoh diet

Pengurusan kalori sangat penting untuk kuruskan badan tahun 2020. Cara paling mudah nak hadkan kalori masuk ialah mengurangkan saiz hidangan makanan. Jaga portion makan dan kurangkan makanan dan minuman manis banding sebelum ni

Tukar jenis karbo amat penting untuk kuruskan badan tahun 2020. Contohnya anda perlu tukar nasi putih ke beras parboiled, roti putih ke roti wholemeal, bihun biasa kepada bihun wholemeal

Karbo kompleks menyebabkan anda kenyang lebih lama & sustain tenaga berbanding karbo ringkas yang menyebabkan anda cepat lapar dan cepat keletihan

Kalau sebelum ni anda cuma ambik sejenis sayur je, kali ni pelbagaikan warna sayuran untuk kuruskan badan tahun 2020. Setiap warna sayuran atau buah-buahan mengandungi zat berlainan

Ambil 3-5 kali sayuran dan buah2-buahanan bagi mencukupkan keperluan harian serat, vitamin & mineral

Adakah anda biasa minum air sebelum makan ke atau selepas makan? Cuba minum air kosong dulu satu atau dua gelas sebelum makan untuk kuruskan badan tahun 2020.

Anda akan berasa lebih kenyang dan tak over eating yang akan menyebabkan berat anda sukar turun. Cukupkan 8-12 gelas sehari. The more you drink, the more you shrink!

Lean protein adalah protein tanpa lemak. Anda perlu buang kulit ayam dan cuba kurangkan makan daging yang berlemak

Selagi anda makan protein yang berlemak, selagi itu lah anda akan menghadapi kesukaran untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Klik SINI untuk panduan kempiskan perut

Lean protein akan bantu anda bina muscle serta meningkatkan kadar pembakaran kalori. Anda juga boleh gunakan Protein Shake & Whey Protein untuk tujuan ini. Klik SINI untuk produk cadangan Coach Zaid

Tanpa WILL POWER…anda mungkin sukar nak kuruskan badan tahun 2020 ni. Anda akan diuji pelbagai godaan & cabaran sepanjang tempoh anda berdiet

Anda perlu tabah, sabar & konsisten dengan meal plan anda & kelilingi diri anda dengan orang2 positif yang sama2 ingin capai tahap kesihatan yang lebih baik

Kesimpulan

Cuba amalkan 7 Tips Terkini Kuruskan Badan Tahun 2020 ni. Jika anda perlukan bimbingan khusus untuk kuruskan badan tahun 2020 ni, anda boleh sertai Program Signature Coach Zaid Hussain, iaitu Misi Kurus Online. Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI

Semoga anda success selalu & berjaya mencapai berat badan impian anda tahun 2020 ni. Selamat Maju Jaya.

Untuk sebarang soalan, sila tanya di ruangan komen. Terima kasih.

Yang Benar,

Coach Zaid Hussain

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
2 Comments
  • Hend Jaffar
    Posted March 3, 2020 8:55 AM 0Likes

    Very good info. Thank You atas perkongsian. Nak tanya, perlu tak minum air banyak untuk kurus?

    Terima Kasih

    • Zaid Hussain
      Posted March 14, 2020 11:26 AM 0Likes

      Ya. Badan kita perlukan 8 gelas air kosong sehari. Jika nak kuruskan badan, minum extra sikit. Minum air kosong sebelum makan menyebabkan perut kenyang dan kurang kalori masuk dalam tubuh badan yang menyebabkan berat badan turun dengan lebih cepat.

Leave a comment