fbpx

Dalam artikel ini, Coach nak share 7 tips diet hari raya untuk elak berat naik

Hari raya bakal menjelma. Lazimnya, berat badan boleh meningkat dengan banyak waktu sambutan Hari Raya

Bukan perkara luarbiasa untuk berat badan naik 1-5KG selepas raya. Kenapa boleh jadi macam tu?

Ni disebabkan juadah yang disajikan masa hari raya adalah tinggi dengan gula, lemak dan kalori. Nak tau juadah berkalori tinggi? Klik sini

Makan secara berlebihan juga boleh tingkatkan risiko pelbagai penyakit seperti kencing manis, hypertension, angin ahmar & sakit jantung

Cuba ikut 7 tips diet hari raya berikut:

1. Sarapan seimbang di pagi raya

Ambil sarapan seimbang di pagi raya sangat penting untuk diet hari raya dan kawal berat badan

Sarapan yang seimbang mestilah mengandungi karbohidrat kompleks, protein, lemak sihat serta vitamin & mineral.

Anda boleh ambil sarapan seperti mana 5 idea sahur berkhasiat yang pernah saya share sebelum ni. Klik sini untuk bacaan lanjut.

2. Rancang berapa jumlah rumah nak ziarah raya

Kenapa penting untuk anda rancang berapa jumlah rumah nak ziarah raya?

Ia penting supaya anda boleh rancang diet hari raya anda. Setiap rumah menyediakan juadah yang sarat dengan kalori, gula dan lemak tinggi

Jika anda tak rancang untuk makan dan kawal calorie intake anda, bermakna anda merancang untuk naik berat badan!

3. Patuhi peraturan 2 pinggan sehari

Apa maksud peraturan 2 pinggan sehari?

Ini bermaksud had pemakanan anda sewaktu ziarah raya tak boleh melebihi 2 pinggan sehari untuk kawal diet hari raya anda

Sebagai contoh, jika anda merancang untuk ziarah raya sebanyak 4 buah rumah, maka anda perlu hadkan pemakanan anda kepada separuh pinggan setiap rumah

Jika nak ziarah 8 rumah, maka hadkan kepada suku pinggan je setiap rumah. Fahamkan sekarang…

Cuba ambil buah-buahan & sayur-sayuran juga dalam pinggan anda sebagai keperluan serat harian anda

4. Bawa bekalan air kosong semasa ziarah raya

Antara langkah paling bijak yang anda boleh lakukan semasa ziarah raya ialah dengan membawa bekalan air kosong anda sendiri

Minum air kosong dapat hidrasi badan anda serta mengawal diet hari raya anda.

Bila badan penuh dengan air, anda berasa lebih kenyang dan dapat kawal nafsu makan serta menghadkan pemakanan semasa ziarah raya

Elak sebarang air manis waktu hari raya ok. kalau nak minum pun, jangan lebih 2 gelas ok!

5. Banyakkan berbual daripada makan

Tujuan utama ziarah raya ialah merapatkan silaturrahim dan bukannya makan semata-mata hehe.

Jadi perbanyakkan berbual dengan family dan rakan-rakan semasa ziarah raya untuk kawal diet hari raya

Berbual perkara yang menarik dapat alih perhatian anda daripada makan secara keterlaluan

Jangan terlalu lama untuk ziarah raya dalam sesebuah rumah. Ini boleh meningkatkan peluang untuk anda makan banyak. Bila tuan rumah suruh tambah makanan, segera mintak diri untuk ziarah tempat lain pulak hehe.

6. Parking kereta jauh sikit

Kenapa pulak kena parking kereta jauh?

Ni akan beri anda peluang untuk banyakkan berjalan dan mengeluarkan sedikit peluh & bakar kalori serta beri ruang untuk makanan anda dihadamkan

Cuba banyakkan berjalan sepanjang ziarah raya sebagai satu strategi untuk bakar lebih banyak kalori masa raya

7. Makan buah-buahan sebelum tidur

Sebelum tidur, make sure anda makan buah-buahan sebagai amalan baik diet hari raya

Ini sebab buah-buahan mengandungi serat yang penting untuk membuang lebihan lemak, minyak dan gula yang terdapat dalam usus anda

Jika anda tak ambil serat, lebihan gula,minyak dan lemak serta segala kotoran akibat pemakanan waktu siang tadi akan kekal dalam usus anda

Ini akan menyebabkan berat badan anda naik serta meningkatkan risiko penyakit berkaitan usus

Kesimpulan

Untuk elak naik berat badan secara melampau pada Hari Raya, anda perlu rancang diet hari raya anda

Amalkan 7 tips diet hari raya di atas untuk kawal berat badan serta menjaga kesihatan sepanjang beraya

Sekiranya anda gagal mengawal pemakanan waktu raya ini dan mengalami kenaikan berat badan, anda boleh sertai Program Misi Kurus Online Edisi Kurus Lepas Raya. Untuk info lanjut, klik sini.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Coach Zaid Hussain

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
Leave a comment