fbpx

Dalam artikel kali ini, saya nak share 7 produk Herbalife paling berkesan untuk kuruskan badan berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun bantu anak-anak didik saya kurus menggunakan produk ini

Produk Herbalife merupakan antara produk paling popular untuk kuruskan badan di Malaysia. Produk ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006.

Syarikat Herbalife pula ditubuhkan pada tahun 1980 di Amerika Syarikat dan kini telah berkembang di lebih 90 buah negara di seluruh dunia

Produk-produk Herbalife bukan sahaja digunakan untuk kuruskan badan, malah digunakan juga untuk menaikkan berat badan, maintain berat, healthy aging, bersukan, kecantikan kulit dan nutrisi harian.

Obesiti merupakan masalah besar di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, hampir separuh rakyat mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti

Produk Herbalife menyediakan solusi kepada masalah ini dengan menyediakan makanan gantian yang lengkap dengan nutrisi seimbang dan rendah kalori, cepat disediakan dan enak rasanya

1. Formula 1 Shake

Formula 1 Shake adalah produk utama dalam Herbalife. Ia merupakan meal replacement no.1 dunia.

Formula 1 Shake digunakan untuk menggantikan sarapan, makan tengah hari atau pun makan malam.

Kebiasaannya, Formula 1 Shake diambil sebanyak 2X sehari bagi menggantikan sarapan dan makan malam. Waktu tengah hari disyorkan makan hidangan biasa yang seimbang

Pada masa ini, Formula 1 Shake di Malaysia mempunyai 6 perisa, iaitu vanilla, coklat, strawberry, tropical fruit, cappucino dan cookies & cream dan beberapa perisa baru dijangka akan ditambah pada masa akan datang

Setiap hidangan Formula 1 Shake mengandungi antara 90 – 220 kalori bergantung kepada campuran Shake yang disediakan sama ada ditambah susu rendah lemak, fruit juice, soya bean atau yogurt drink

Formula 1 Shake juga sangat sedap dan berkhasiat apabila dicampur bersama buah-buahan,yogurt, oats, kurma atau chia seed dll.

Produk Herbalife ni mengandungi nutrien lengkap iaitu Protein, Karbohidrat, Lemak sihat serta 16 vitamin & mineral yang diperlukan tubuh badan

Apa keistimweaan Formula 1 Shake ialah ia mempunyai soya bean supro dengan perfect score 1.0, di mana penyerapan protein adalah 100% berbanding produk soya lain dan sumber protein lain yang hanya mempunyai score 0.5 ke bawah

Ini bermakna, kadar penyerapan protein hanyalah separuh atau lebih rendah berbanding mereka mengambil produk Formula 1 Shake Herbalife.

So..bagaimana produk ini dapat bantu anda kuruskan badan? Jawapannya mudah je..Bila anda ambil Formula 1 Shake sebagai sarapan pagi dan makan malam, anda hanya ambil sekitar 90 – 220 kalori sahaja untuk hidangan ini.

Jika anda ambil hidangan biasa, nasi lemak, mihun, kuih-muih, nasi berlauk, minuman manis dan sebagainya, ia boleh cecah antara 1,000-2,000 kalori!

Bila anda ambil kalori lebih rendah daripada pembakaran kalori badan anda, anda mula turun berat.

Produk Herbalife dapat bantu anda kuruskan badan secara sihat sebab ia mengandungi nutrisi untuk kesihatan dan keperluan tubuh badan anda

Apa yang lebih penting, Produk Herbalife dipantau lebih 50 pemegang PhD dan 300 saintis yang pakar dalam bidang nutrisi & kesihatan tubuh badan.

2. Tea Mix

Tea Mix adalah produk Herbalife ke-2 paling popular selepas Formula 1 Shake.

Di Malaysia, Tea Mix ada 5 jenis. Tea Mix original (lemon hibiscus), Peach, Honey Ginger, Green Tea & Pomogranate (delima)

Tea Mix Herbalife sangat rendah kalorinya, iaitu 6 kalori satu hidangan. Ia juga diperkaya dengan green tea yang banyak manfaat kesihatan

Produk Herbalife ini akan boost tenaga anda yang sangat penting supaya anda tidak kelesuan sepanjang program kuruskan badan

Ia boleh diminum secara sejuk atau panas dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan anda apabila minum tea mix ini.

Kualiti Green Tea Herbalife adalah jauh lebih baik daripada green tea lain di pasaran kerana Herbalife menggunakan air untuk ekstrak keluar green tea sedangkan syarikat lain menggunakan alkohol.

3. Herbal Aloe Concentrate Mix

Produk Herablife ke-3 yang paling popular untuk kuruskan badan ialah Herbal Aloe Concentrate Mix

Produk ini mengandungi 3 perisa, iaitu perisa original, mango & oren mandarin.

Kelebihan produk ini ialah ia membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan anda

Apabila penyerapan nutrien meningkat, tubuh badan anda akan berfungsi dengan lebih optimum

Produk ni juga mengandungi chamomile yang memberi kesan tenang & diperkaya dengan vitamin, asid amino & enzim untuk kesihatan badan

Ia juga bebas aloin yang terdapat dalam aloe vera semulajadi boleh memudaratkan kesihatan jika diambil terlalu banyak.

Minuman ini mengandungi 0-6 kalori yang sangat sesuai untuk menguruskan badan.

4. Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder

Produk Herbalife yang lebih dikenali dengan nama F3 ini sangat penting untuk kuruskan badan

Kesilapan ramai orang yang cuba kuruskan badan tanpa ilmu ialah mereka mengabaikan aspek pengekalan jisim otot

Apabila anda mengurangkan calorie intake, anda perlu kekalkan jisim otot anda dengan mengambil protein secukupnya untuk tubuh badan

Secara amnya, badan kita perlukan minima 0.8 gram protein bagi setiap kg berat badan.

Sebagai contoh, jika berat badan anda 100kg, maka anda perlu ambil 80 gram protein setiap hari

Masalah bila ambil protein yang tinggi pada makanan biasa, kalori juga bertambah serta lemak juga bertambah.

Solusinya ialah mengambil F3 setiap hari. Ia mengandugi 5 gram protein bebas lemak dan hanya 20 kalori sahaja!

Produk ini juga sangat penting untuk mengelakkan kulit dari jadi geleber masa proses turunkan berat badan

Nasihat saya, ambil F3 ni dari awal! Jangan tangguhkan sebab bila anda turun berat badan dan kulit jadi geleber, sangat sukar nak tegangkan kulit semula

Saya sendiri turun 8 inci saiz pinggang tanpa alami sebarang kulit geleber dengan pengambilan F3 ni. Biasanya F3 dicampur bersama F1 Shake

5. Mixed Fibres With Inulin

Produk Herbalife ini membantu mencukupkan keperluan serat larut dan tak larut tubuh badan kita

Serat larut berfungsi untuk rasa kenyang lebih lama & menyerap lebihan minyak, kolesterol, gula dan bendasing lain ke luar tubuh badan kita

Serat tak larut pula penting untk memudahkan pembuangan air besar dan mengatasi masalah sembelit

Inulin pula merupakan makanan penting untuk bakteria baik di dalam usus kita. Bakteria baik ini melindungi usus kita daripada unsur2 yang boleh memudaratkan kesihatan badan

Tubuh badan kita memerlukan 25gram serat sehari. Masalahnya ramai orang hanya ambil separuh nilai ni yang menyebabkan pelbagai masalah berkaitan usus

Usus berpenyakit akan menyebabkan badan berpenyakit, manakala usus yang sihat akan menyihatkan tubuh badan

Setiap sudu Mixed Fibres mengandungi 5 gram serat larut dan tak larut yang hanya mempunyai 8 kalori. Ini sangat membantu dalam pengurusan berat badan

Pengalaman saya sendiri, mixed fibres bantu mencantikkan kulit wajah. Kalau ada jerawat mula timbul kalau makan makanan berlebihan minyak, jerawat cepat naik

Dengan minum mixed fibres, saya dapati jerawat cepat hilang dan kulit wajah licin kembali

6. TC Formula

Produk Herbalife ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Ia meningkatkan kadar metabolisme badan dan bantu dalam pembakaran kalori & lemak dalam badan

TC Formula juga bantu boost energy & bantu tubuh badan kekal aktif sepanjang hari

Ia mengandungi ekstrak green tea, black tea, oolong tea dan halia yang sangat membantu untuk boost metabolisme badan & terdapat banyak manfaat untuk kesihatan

Kalau “terlajak” makan makanan berlebihan, biasanya TC Formula dapat bantu dalam pembakaran kalori supaya berat badan tak naik secara melampau

7. Protein Bar

Produk Herbalife ni merupakan antara snack yang paling digemari untuk kuruskan badan

Protein bar ni memenuhi peminat yang sukakan manis-manisan. Walaupun coklat ni manis, tapi ia penuh dengan nutrisi penting seperti vitamin & mineral untuk kesihatan badan

Apa yang lebih penting, setiap protein bar mengandungi 10 gram protein yang sangat penting untuk pengekalan jisim otot masa program kuruskan badan.

Tips Tambahan: Guna Produk Herbalife Dengan Bimbingan Coach

Kenapa sebilangan orang mengambil Produk Herbalife tapi tak berjaya kuruskan badan?

Antara kesilapan terbesar yang ramai buat ialah mengambil Produk Herbalife tanpa bimbingan Coach

Produk Herbalife ialah nutrisi. Ia bukan ubat kurus. Ia boleh digunakan untuk turun, kekal, naik berat badan malah boleh digunakan untuk penuaan sihat & bersukan

Anda perlukan seorang Coach untuk membimbing anda mendapat results yang diinginkan. Coach adalah tempat anda bertanya dan menerima coaching program pengurusan berat badan anda

Coach anda adalah seorang Herbalife Independent Member, individu yang mana anda mendapatkan produk Herbalife ini. Pastikan beliau mempunyai Produk Results yang baik dan aktif hadir ke Latihan-latihan yang disediakan Herbalife.

Ambil produk Herbalife dengan bimbingan Coach supaya anda mendapat hasil yang lebih baik, Sila klik link ini.

Rumusan

Pastikan anda menggunakan semua produk Herbalife mengikut label serta mendapat bimbingan daripada seorang Coach berpengalaman yang terbukti menghasilkan results

Selamat Maju Jaya. Semoga anda berjaya kurus secara sihat melalui Program Herbalife.

Yang Benar,

Coach Zaid Hussain

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
1 Comment
  • Azrini
    Posted June 7, 2020 8:18 AM 1Likes

    Nak Coach guide

Leave a comment