fbpx

Dalam artikel kali ni, Coach nak kongsi 7 manfaat puasa ramadhan untuk kesihatan tubuh badan

Puasa ramadhan merupakan satu kewajiban yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam sepanjang bulan Ramadhan

Amalan ini bukan je mempunyai hikmah kerohanian, malah mempunyai banyak manfaat kesihatan

Dari segi kerohanian, puasa mendidik kita mensyukuri nikmat makanan & minuman serta menjiwai orang miskin yang serba kekurangan

Jadi, apakah 7 manfaat puasa ramadhan untuk kesihatan tubuh badan?

1. Kecerdasan Akal Fikiran

Puasa meningkatkan kepekaan, mood & fokus minda. Ia juga mengurangkan keradangan saraf yang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer & Parkinson

Selain tu, puasa juga dapat membaikpulih gangguan mental. Bacaan lanjut, klik sini.

2. Kurangkan Berat Badan

Apabila anda berpuasa dengan cara yang betul, badan anda akan mengalami pengurangan berat

Lebihan berat badan boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit kronik, jadi anda harus gunakan peluang puasa ramdhan untuk kurangkan berat badan

Coach Zaid sendiri turun berat badan dengan lebih laju dalam bulan puasa. Nak tau macam mana Coach Zaid kurangkan berat badan? Klik SINI

3. Kawal Gula Dalam Darah

Puasa dapat bantu kawal gula dalam darah. Apabila anda kurangkan pengambilan gula & makanan berproses lain, gula dalam darah akan kembali normal

Pengalawalan gula ni penting untuk kurangkan inslulin resistance yang boleh menyumbang kepada penyakit diabetes & serangan jantung.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah diabetes, anda perlu mengikuti nasihat pemakanan yang disarankan doktor anda. Bacaan lanjut, klik sini.

4. Sel Membaikpulih Sendiri (Autophagy)

Autophagy ialah proses di mana sel badan mula membaikpulih sendiri daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas

Bila puasa, radikal bebas berkurangan dan ini memberi ruang untuk sel menjalani autophagy. Bacaan lanjut, klik sini

Proses ni sangat penting kerana sel-sel badan yang rosak boleh menggumpal serta membentuk sel barah serta penyakit Alzheimer.

5. Tingkatkan Kesihatan Jantung

Puasa didapati boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan merendahkan penyakit jantung, paras kolesterol & triglycerides

Ini kerana ketika berpuasa, anda menghadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, lemak tepu dan lemak trans serta makanan tinggi sodium.

Oleh itu, anda harus mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang ketika bersahur dan berbuka. Bacaan lanjut, klik sini.

6. Tingkatkan Kesihatan Usus

Puasa memberi peluang untuk usus anda berehat daripada menguraikan makanan dalam perut yang menggunakan banyak tenaga

Badan sering keletihan apabila anda mengambil makanan berlebihan ataupun yang tak berkualiti dan tak seimbang

Bila berpuasa, anda kurangkan pengambilan makanan dan badan boleh menyalurkan tenaga kepada fungsi lain dalam badan

7. Pengurangan Keradangan

Keradangan, atau imflammation menyebabkan badan jadi lemah dan merosotkan tahap kesihatan.

Ini disebabkan radikal bebas yang menyerang sel-sel badan anda. Bila berpuasa, radikal bebas akan berkurangan dan sekaligus mengurangkan keradangan

Kesimpulan

Puasa mempunyai banyak kebaikan dari segi kerohanian dan juga kesihatan serta membantu anda untuk kuruskan badan secara sihat

Adakah artikel ini bermanfaat? Sila tinggalkan komen

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
2 Comments
Leave a comment