fbpx

Ramai ibu-ibu serta isteri akan kelam-kabut di awal pagi untuk sediakan sahur untuk famili. Cuba 5 idea sahur berkhasiat disediakan bawah 5 minit ini.

Sahur sangat penting untuk berpuasa dan menahan lapar sepanjang hari. Ia juga penting untuk bekalkan tenaga seharian

5 idea sahur ini paling mudah disediakan bawah 5 minit. Sesuai untuk uruskan famil pada awal pagi. Moga bermanfaat.

1. Kurma

Makan 3-7 biji kurma semasa sahur. Amalan ini dianjurkan dalam Islam. Kurma mempunyai serat yang mampu menahan rasa lapar.

Kurma juga merupakan makanan karbohidrat yang rendah indeks glycaemic yang sangat baik untuk kekalkan tenaga berpanjangan. Bacaan lanjut, klik sini.

Sangat simple kan. Tak payah masak pun takpe. Buka kotak kurma, baca Bismillah & makan satu famili waktu sahur hehe.

2. Oats

Oats mempunyai serat jenis larut air yang mengenyangkan sewaktu sahur. Ia juga mempunyai khasiat lain seperti vitamins & mineral untuk keperluan & kesihatan tubuh badan semasa puasa. Bacaan lanjut, klik sini

Untuk lebih enak, tambah susu low fat dan buah-buahan ke dalam oats anda untuk sahur. Gunakan rolled oats yang mempunyai indeks glycaemic lebih rendah berbanding instant oats.

Kalau nak lagi bagus, tambah protein ke dalam oats anda seperti kacang badam atau whey protein powder untuk seimbangkan zat nutrisi masa sahur anda.

3. Sandwich Tuna

Sandwich tuna sangat sesuai untuk makan sebagai sahur. Tuna ada macam-macam kebaikan. Bacaan lanjut, klik sini.

Ada 3 komponen dalam Sandwich Tuna. Roti wholemeal, tuna chunks in water & salad. Hidangan ini agak lengkap untuk sahur sebab ada karbohidrat, protein, lemak sihat serta vitamin dan mineral

Pastikan anda tak tambah salad dressing atau menggunakan tuna yang telah dicampur dengan bahan lain seperti sos, mayonnaise dan sebagainya masa sahur

4. Baked Beans, Telur & Salad

Hidangan sahur ini simple je. Baked Beans mempunyai Indeks Glycaemic yang rendah yang membuatkan anda kenyang lebih lama dan memberi anda tenaga. Bacaan lanjut, klik sini.

Telur merupakan sumber ptotein & lemak yang baik manakala salad mempunyai multivitamins & mineral.

Telur boleh direbus pada malam sebelumnya ataupun dimasak menggunakan microwave atau non-stick pan untuk sahur.

5. Formula 1 Herbalife Shake

Formula 1 Herbalife Shake mempunyai semua makronutrien utama protein, karbohidrat & lemak sihat serta 16 vitamins & minerals yang sangat sesuai untuk sahur

Ia mempunyai kalori yang rendah (150-220kcal) serta mempunyai Indeks Glycaemic rendah yang membuat badan rasa kenyang dan kekal tenaga lebih lama masa berpuasa.

Sahur dengan Formula 1 Shake mudah disediakan dan dibancuh. Ia rendah kalori dan padat dengan khasiat. Sangat ideal untuk pengurusan berat badan. Info lanjut, klik sini.

Anda hanya perlu campurkan Formula 1 Shake dengan minuman kegemaran anda untuk menikmati hidangan yang berkhasiat & cepat disediakan masa sahur

Kesimpulan

Amalkan 5 idea sahur berkhasiat dan cepat disediakan bawah 5 minit ini. Ia memudahkan urusan harian anda menyiapkan sahur untuk famili anda.

Untuk dapatkan Formula 1 Herbalife Shake untuk kegunaan sahur, anda boleh dapatkan daripada Independent Herbalife Member. Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Selamat menjalani ibadah puasa. Moga segala amalan baik diterima Allah Taala. Satu lagi Coach nak pesan, jangan bazir makanan ya. Fikir dulu sebelum beli. Ingat orang-orang fakir miskin yang kelaparan.

Yang Benar

Coach Zaid Hussain

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
Leave a comment