fbpx

Korang ada masalah nak kempiskan perut? Dalam post kali ni, Coach nak share 5 formula berkesan untuk hilangkan perut buncit

Sebelum tu, korang perlu tau dulu, apa punca perut jadi buncit ni…baru la senang nak elak daripada perut terus membuncit hehe & senang pulak nak kempiskan perut

Perut buncit ni sebenarnya bukan masalah kosmetik. Korang patut kempiskan perut sebab korang akan ada masalah kesihatan kalau tak settlekan masalah ni

Menurut pakar obesiti, ukuran lilit pinggang melebihi 40 inci bagi lelaki dan 35 inci bagi wanita boleh meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 2x ganda!

So…dah tulis wasiat ke? Alamak sentap pulak ayat huhu…jangan marah ya..Coach just nak bagi ingatan supaya korang ada kesedaran untuk berubah & kempiskan perut

Jom baca 5 formula berkesan untuk hilangkan perut buncit

1. Elak Makanan Berunsur LGBT

Alamak…apa LGBT ni? hehe…relax sis, relax bro, jangan marah ya abang2, kakak2, adik2…jangan cuak hihi. L.G.B.T di sini bermaksud:-

L: LEMAK; G: GORENG2; B: BERGULA; T: TRANSFAT

4 jenis makanan ni sangat tinggi kalori.

Contoh Makanan berlemak seperti kulit ayam, daging lembu & kambing, kuah-kuah berlemak & jenis-jenis makanan yang berlemak dan bersantan

Contoh makanan yang goreng-goreng…semua benda lah yang ada perkataan goreng tu. Korang pun sure banyak tau contoh2 hehe

Contoh makanan & minuman yang bergula ni termasuk yang nampak dan yang tak nampak. Yang nampak ni senang- macam donut. Yang tak nampak ni macam air kotak & kuah serta masakan yang diletak gula

Contoh makanan transfat ni- makanan2 yang diproses, macam biskut, roti, pastries, hot dog, daging burger dsb.

LGBT ni terlalu tinggi kalori. Nutrisi pun hampir takde. So jangan la nak makan lebih2. Kalau nak kempiskan perut, Coach syorkan elak secara total LGBT.

Lagi bagus jika korang ambik makanan yang jenis rebus-rebusan, kukus, panggang, bakar, guna mikrowave pun ok. Kalau nak rasa sangat makanan bergoreng- guna je air fryer

2. Tambah Serat

Antara punca perut buncit juga ialah korang kurang ambik serat. Sepatutnya korang perlu ambik 25-30 gram serat setiap hari. Kajian mendapati rakyat Malaysia cuma ambik sekitar 12-14 gram serat je sehari.

Serat yang kurang boleh menyebabkan sistem usus korang bermasalah. Lemak, kolesterol, minyak, bahan2 kimia semua terperangkap dlm sistem usus menyebabkan masalah perut buncit.

Tambah serat korang dengan menambah lebih banyak serat dari sumber sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang ataupun supplemen.

Serat larut seperti buah epal, oats & kentang akan membuatkan korang rasa kenyang lebih lama.

Serat larut akan menggumpal & menyerap minyak, kolesterol dan kotoran-kotoran lain keluar daripada sistem usus korang.

Serat tak larut seperti sayur-sayuran, whole grain & corn bran akan memudahkan korang membuang air besar

Kombinasi serat larut & tak larut akan bantu korang hilangkan perut buncit dengan lebih cepat.

3. Ambil Karbo Kompleks

Karbo kompleks seperti beras perang, ubi keledek & roti wholemeal lebih baik daripada karbo ringkas seperti nasi putih, ubi kentang & roti putih.

Karbo ringkas akan sebabkan paras gula dalam darah korang naik secara drastik. Gula ni akan tukar jadi lemak jika korang tak bakar kalori yang ekstra tu

Karbo ringkas jugak akan sebabkan korang cepat rasa lapar yang menyebabkan korang susah nak kawal nafsu makan. Tu la antara sebabnya perut buncit

Bila korang ambik karbo kompleks, gula dalam darah korang akan kekal di paras normal. Korang punya energy akan tahan lebih lama & korang pun tak cepat lapar

So bila korang amalkan karbo kompleks, korang dapat kawal rasa lapar & tak makan secara berlebihan. Hasilnya, perut korang akan lebih mudah jadi kempis

4. Lebihkan Protein

Masalah ramai orang yang ada perut buncit ialah pemakanan yang tak balance. Biasanya sebab terlalu banyak ambik makanan LGBT & terlalu sikit ambik protein

Kenapa ramai orang ambik sikit protein dan lebih suka ambik makanan karbo? Jawapannya ialah harga. Makanan karbo lebih murah banding protein

Korang kena sedar- protein ialah makanan yang jauh lebih berkualiti. Makanan karbo lebih mudah dihasilkan, lebih banyak dan lebih murah. Tapi zatnya tak banyak & tak sepenting zat yang ada pada protein

So kalau korang nak hilangkan perut buncit korang tu, cuba adjust sikit mindset korang tu…ambik makanan mahal sikit takpe, sebab berbaloi dengan khasiat yang korang akan dapat daripada protein.

Protein boleh bantu korang hilangkan perut buncit sebab korang akan kenyang lebih lama bila makan protein banding karbo semata-mata.

Kalau korang combine karbo kompleks dengan protein, korang akan jadi lebih kenyang banding makan karbo kompleks semata-mata atau protein semata-mata.

Korang sepatutnya kena ambik 1 gram protein bagi setiap KG berat badan korang. Contoh…kalau berat badan korang 75KG, so korang kena ambil 75 gram protein sehari

Kebanyakan orang hanya ambik separuh daripada keperluan protein yang sepatutnya. Bila protein tak cukup, jisim otot korang akan mula mengecut sebab protein adalah asas penghasilan otot

Bila otot korang mula menyusut, badan korang akan membakar kalori yang sikit dan sebabkan perut korang senang jadi buncit bila makan banyak

Kulit kat perut korang pun akan jadi menggeleber kalau tak cukup ambik protein masa nak kuruskan badan.

Protein kena ambil di peringkat awal lagi dan bukannya di tengah2 atau hujung2 nak capai berat ideal baru sibuk nak tanya dan komplen kenapa kulit geleber….aduyai!

Kalau nak hilangkan perut buncit, pilih protein yang rendah lemak tepu macam ikan, ayam, telur & kacang soya. Daging merah boleh ambik jugak cuma jangan terlalu banyak sebab ada banyak lemak tepu.

5. Buat Senaman A+A

Senaman A+A ialah kombinasi senaman jenis Aerobik & Anaerobik. Senaman aerobik gunakan oksigen macam berlari, berbasikal, jogging & berenang

Senaman Anaerobik pulak tak gunakan oksigen macam senaman angkat berat. Nak hilangkan perut buncit, korang perlu buat dua jenis senaman ni..

Dalam seminggu, korang kena buat 2x senaman aerobik & 2x senaman anaerobik. Selang-selikan senaman aerobik & anaerobik. 3 hari rest untuk bagi otot korang recover

Senaman aerobik akan bantu korang bakar lagi banyak kalori & kurangkan lemak badan. Senaman anaerobik pulak bantu jugak korang bakar kalori plus “body toning” – kasi badan korang cantik, firm dan maintain jisim otot

Pastikan setiap kali lepas bersenam, ambik protein dalam masa 30 minit untuk pulihkan semula otot. Tempoh 30 minit ni dikenali sebagai 30 minute metabolic window

Pada masa ni- heart rate korang masih laju & apa je yang korang makan atau minum dalam masa ni akan diserap lebih laju ke dalam badan

Make sure korang jangan ambik makanan yang tak berkualiti yang merosakkan badan korang & mensia-siakan usaha korang bersenam…so haram ambik LGBT masa ni!

Waktu ni la korang kena ambil makanan yang bernutrisi dan tinggi protein supaya jisim otot korang akan cepat recover lepas bersenam.

Lagi cepat otot recover, lebih cepat lah korang bakar lagi banyak kalori untuk hilangkan perut buncit

Satu lagi, senaman abs macam sit-up semata-mata tak boleh bantu korang kempiskan perut ya…Ia hanya bantu kuatkan otot di abs je..

So kalau korang masih amalkan makanan LGBT, lapisan lemak di kulit perut korang tu takkan susut. So korang kena follow betul2 semua 5 formula ni untuk dapat hasil yang baik

Kesimpulan

Buat je 5 formula berkesan untuk hilangkan perut buncit. Bila dah start, teruskan dan jangan berhenti. Kalau tak nanti hilang momentum untuk kempiskan perut korang

Kalau korang nak Coach bimbing korang step by step pun boleh. Korang akan dapat meal plan khas yang direka khas untuk penuhi keperluan nutrisi dan protein korang

Saya dah bantu lebih 600 orang hilangkan perut buncit sejak 10 tahun lepas. Korang sign up je Program signature saya, Misi Kurus Online. Untuk info lanjut tentang program ni, KLIK SINI.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0
Leave a comment